Lawatan Usahawan Big Taste
17 March 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 March 2017 telah berlangsung Program mempromosi usahawan dibawah team MDPS ke Big Taste Cawangan Kangar Perlis. Sepanjang lawatan ini kami dapat mempelajari cara dan informasi berkenaan Cafe makanan dan minuman tersebut, disamping menimba sedikit idea dari pengusaha. Video dan post berkaitan usahawan ini telah di kongsi melalui page Menarik Di Perlis Selatan yang dikendalikan oleh team Pusat Internet 1 Malaysia Maxis Perlis.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu ushawan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: